
LAHAD DATU: Mahkamah Sesyen Lahad Datu hari ini menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas seorang penggangur lelaki berusia 36 tahun yang didapati bersalah atas dakwaan merogol anak kandungnya sendiri.
Hakim Mahkamah Sesyen Lahad Datu, Suhailla Selag menjatuhkan hukuman tersebut terhadap tertuduh selepas gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol mangsa pada 16 Oktober tahun lalu ketika mangsa berusia 13 tahun.
Dalam mahkamah turut menjelaskan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam bilik air kediaman mereka di sebuah kampung di daerah ini.
Mahkamah turut memutuskan tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan mahkamah turut memutuskan hukuman bermula daripada tarikh hukuman.
Deasoka