 
        TAWAU : Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan polis selepas mengamuk dan memukul ahli keluarganya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Titingan, di sini.
Dalam kejadian itu, suspek bertindak agresif dengan menumbuk dinding rumah sehingga berlubang sebelum memukul ibu serta adik-beradiknya. Kejadian tersebut menyebabkan ibu suspek tampil membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, hasil maklumat diterima, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau telah mengesan dan menahan suspek di kawasan Kampung Titingan.
“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khiana

 
               
         
         
         
         
         
        