
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Insolvensi Rentas Sempadan 2025, selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Intitusi) Datuk Seri Azalina Othman, kelulusan berkenaan untuk mewujudkan persekitaran pelaburan yang telus, progresif dan berasaskan tadbir urus baik.
“RUU ini, yang diterajui bersama oleh saya dan YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, bertujuan menyediakan mekanisme perundangan yang jelas bagi mengurus prosiding insolvensi rentas sempadan.
“Langkah ini meningkatkan keyakinan pelabur serta menyokong pertumbuhan perniagaan antarabangsa di Malaysia.
“RUU ini berteraskan Undang-Undang Model UNCITRAL dengan penyesuaian mengikut keperluan dasar, amalan kehakiman dan kepentingan awam tempatan, “katanya dalam satu kenyataan akhbarnya, hari ini.
Mengulas lanjut, RUU tersebut mengandungi 35 fasal dan jadual dengan objektif utama bagi: memperkukuh kerjasama antara mahkamah tempatan dan asing; memberi kepastian undangundang; melindungi semua pihak berkepentingan; memaksimumkan nilai aset penghutang; dan memudahkan penyelamatan perniagaan serta perlindungan pekerjaan.
“RUU ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan kerangka undang-undang negara kekal moden, relevan dan kompetitif di peringkat global,” katanya.