KOTA KINABALU : Qhazanah Sabah Berhad (QSB) menyerahkan dividen sebanyak RM1 juta kepada Kerajaan Negeri dalam Majlis Penyampaian Dividen dan Sumbangan Badan-Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) Bagi Tahun 2025, hari ini.
Pada majlis di Dewan Bankuasi Menara Kinabalu, Pengerusi QSB Datuk Dr Yusof Yacob diringi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QSB Datuk Ahmad Rizal Dahli menyerahkan dividen QSB untuk Tahun Kewangan 2024 kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
QSB antara Badan Berkanun dan GLC menyerahkan dividen dan sumbangan bagi tahun 2025 keseluruhannya berjumlah RM131.6 juta kepada Kerajaan Negeri.
