
Penampang : Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dijangka diadakan sebelum November ini, tegas Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Beliau menjelaskan, tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik pada bulan berkenaan, sekali gus memberi bayangan bahawa pilihan raya perlu diadakan lebih awal.
“Memang tidak lama lagi. Sabarlah. Tunggu. Kalau cuaca ini terang, kita bubarlah, bila cuaca baik nanti. Itu jabatan kaji cuaca yang bilang, kita yang menentukan. Kita tiada pilihan sebab tempoh Dewan terbubar sendiri bulan November. Jadi, mesti kita adakan sebelum itu, tunggu saja. Sokong kerajaan hari ini,” katanya.
Hajiji berkata demikian selepas menutup Konvensyen Mahasiswa Sabah 2025 di Dewan KDCA, Penampang.
Beliau turut mengingatkan semua pihak agar memastikan suasana politik negeri kekal stabil serta terus memberi sokongan kepada kerajaan sedia ada demi kelancaran pembangunan di Sabah.