SEMPORNA : Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan manusia di perairan Pantau- Pantau Semporna hasil rondaan keselamatan yang dijalankan petang semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 2.05 petang anggota rondaan mengesan sebuah bot laju dinaiki sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan.
Pemeriksaan lanjut membawa kepada penahanan 23 warga asing yang dipercayai cuba masuk ke Malaysia dari negara jiran melalui laluan laut.
Kesemua mereka ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran ATIPSOM serta Akta Imigresen 1959 63.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohd Nazri Ibrahim dalam satu kenyataan media berkata rondaan dan risikan akan terus dipertingkat bagi memastikan perairan negara kekal selamat serta bebas daripada aktiviti penyeludupan yang boleh menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara.
