
YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, semasa majlis penutup Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). 3 Ogos 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mentioned in the caption. Reuse of the vi
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memastikan tiada pertembungan tiga penjuru melibatkan PH, BN dan GRS pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) Sabah nanti.
Tegasnya yang juga Pengerusi PH, setakat ini, pihaknya sedang mengadakan usaha persetujuan di antara ketiga-tiga parti supaya pertembungan dapat dielakkan kelak.
Jelas Anwar, sekiranya terdapat kerusi yang tidak dapat dielakkan, beliau menasihatkan supaya pihak yang berkenaan tidak bertanding kerana tindakan itu dikhuatiri akan menyebabkan pecah undi.
“Sekarang, pemahaman kita adalah buat masa ini kita akan cuba mendapatkan satu persefahaman agar tiada pertembungan tiga penjuru.
“Namun, jika ia tidak dapat dielakkan, nasihat kami adalah untuk cuba mengelakkan daripada bertanding.
“Untuk kawasan-kawasan tertentu di mana berlaku pertindihan, saya pasti mesej ini telah disampaikan kepada ketiga-tiga pihak PH, BN dan GRS bahawa hasrat kita adalah untuk memastikan, jika perlu, kita capai satu persefahaman sebagai keutamaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan sesi pertemuan dengan pimpinan PKR Sabah di Sutera Harbour, Kota Kinabalu, pada Ahad.
Terdahulu, isu gabungan parti di Sabah terus menjadi topik perbincangan hangat dikalangan pemerhati politik susulan beberapa kenyataan dan pengumumuan pimpinan parti tempatan dan nasional untuk persiapan menghadapi PRN-17 Sabah.
Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS sebelumnya telah secara terbuka mahu bergabung dengan PH Sabah manakala beberapa pimpinan PH dan BN pusat pula mendakwa dua gabungan utama Kerajaan Madani itu sudah mencapai persetujuan konsensus untuk bersama.
Deasoka