
KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri Sabah amat prihatin dan menzahirkan rasa kebimbangan terhadap penahanan saudari Zizi Kirana dan saudara Sul Aidil, anak Sabah yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza. Keberanian mereka amat membanggakan kita semua.
Kerajaan Negeri yakin YAB Perdana Menteri bersama YB Menteri Luar Negeri akan mencari dan mengambil langkah diplomatik terbaik dalam membantu pembebasan segera semua sukarelawan yang terlibat.
Saya menyeru seluruh warga Sabah, tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, dan politik agar bersatu dalam memberikan solidariti terhadap perkara ini.
Doa kita mengiringi keselamatan dan pembebasan mereka yang berjuang atas nama kemanusiaan.