
LAHAD DATU: Pergerakan Pemuda UMNO Lahad Datu dalam ‘standby mood’ skala penuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17), Sabah yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Menurut Setiausaha Pemuda UMNO Pusat, Mohd Hafiz Ariffin, kesiapsiagaan pergerakan sayap parti itu untuk kawasan Parlimen Lahad Datu dianggap terbaik yang mampu memberikan impak positif.
“Saya lihat persediaan Pemuda di sini dengan melibatkan perwakilan daripada 240 cawangan sedia ada (Lahad Datu) sangat baik dalam persiapan kita menuju ke pesta demokrasi PRN Sabah tidak lama lagi.
“Komitmen sebegini saya fikir tidak menjadi sesuatu perkara yang membimbangkan dan setiap kawasan DUN orang muda di Lahad Datu ini, boleh disifatkan sebagai keadaan yang amat baik,” katanya.

Setiausaha Pemuda UMNO Pusat, Mohd Hafiz Ariffin.
Beliau berkata demikian selepas ditemui pemberita dalam mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Lahad Datu di sini, hari ini.
Hadir sama adalah Ketua Pemuda UMNO Lahad Datu, Datuk Seri Anil Sandhu.
Mengulas lanjut, Mohd Hafiz berkata, pihaknya yakin dengan prestasi semasa Pemuda UMNO Negeri Sabah yang kekal memberikan momentum terhadap program-program merakyat di negeri itu.
“Kita lihat, banyak program berteraskan masyarakat dan rakyat seperti Radu Tatap Radu (RTR), program Turun Padang dan Jelajah PDM sentiasa dipenuhi anak-anak muda.
“Kalau di Lahad Datu ini, di bawah kepimpinan Datuk Anil, kita menerima respon positif daripada masyarakat dalam pelbagai program yang telah dijalankan termasuklah perkara melibatkan isu kebajikan dan isu tempatan.
“Ini menunjukkan bahawa usaha kita Pemuda terus mendapat sambutan masyarakat terutama golongan muda dan kekal relevan,” katanya.
Deasoka