
KOTA KINABALU: Jabatan Peguam Besar (AG) Negeri Sabah menegaskan kepentingan memelihara integriti dan martabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT Sabah) sebagai sebuah institusi yang amat dihormati.
Menurut AG Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh, TYT dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Persekutuan, jawatan TYT Sabah merupakan bahagian penting dalam kerangka Perlembagaan Negara dan hendaklah dihormati sebagai lambang perpaduan, kesinambungan serta kedaulatan.
“”Sehubungan itu, Jabatan ini memandang serius terhadap penularan hantaran media sosial yang bersifat menghina, berunsur fitnah, palsu serta mengelirukan berkaitan dengan TYT Sabah.
“Hantaran-hantaran tersebut adalah tidak berasas sama sekali,tidak tepat dan boleh menjejaskan keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap institusi ini.
“Walaupun kebebasan bersuara diiktiraf dan dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan, ia haruslah dipraktiskan secara bertanggungjawab, “katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Jelas beliau lagi, penyebaran maklumat yang menghina, direka atau mengelirukan bukan sahaja menjejaskankeyakinan awam, malah boleh dianggap sebagai kesalahan serius di bawahUndang-Undang Malaysia, iaitu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, AktaHasutan 1949 serta Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, Jabatan Peguam Besar Negeri Sabah menekankan serta memberiperingatan bahawa –
- Orang ramai digesa untuk mendapatkan maklumat melalui sumber yangrasmi, sahih dan yang boleh dipercayai sebelum menyebarkannya secaradalam talian;
- Penggunaan media sosial secara bertanggungjawab adalah penting untukmengekalkan ruang awam yang beradab dan berinformasi; dan
- Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil sekiranya perlu untukmenangani penyebaran fitnah yang disengajakan serta demi memelihara ketenteraman dan keharmonian di negeri Sabah.
“Jabatan ini kekal komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang disampingmenggalakkan dialog yang membina, saling menghormati serta penyebaranmaklumat yang tepat yang mana ianya adalah tanda kematangan demokrasi dinegeri dan juga negara kita.
“Orang ramai juga diseru untuk bersama-sama membudayakan nilai kejujuran,integriti dan akauntabiliti dalam semua bentuk komunikasi,” katanya.
Tambah Brenndon Istana Seri Kinabalu melambangkan warisan sejarah dan nilai negeri Sabah yangkita cintai yang memerlukan penghormatan sepenuhnya di mata masyarakat.
“Maka, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk melindungi martabat sertakehormatan TYT Sabah sebagai sebuah institusi yang mulia,”katanya.
Deasoka