
SEMPORNA: Parti Warisan Sabah mengesahkan akan bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 nanti.
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu sudah mengenal pasti calon berpotensi menang dan diterima rakyat di setiap kawasan yang ditandingi.
“Maka dengan itu Warisan akan bertanding 73 kerusi, kita pun sudah mempunyai calon yang ada potensi cuma kita tunggu pengumuman nanti,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menafikan khabar angin kononnya Warisan bakal bekerjasama atau bergabung dengan mana-mana parti termasuk Perikatan Nasional (PN) seperti yang diperkatakan netizen dan pemerhati politik ketika ini.
“Kita tidak tahu kadang banyak cerita ni, dulu pun cerita kerjasama dengan UMNO lah, ini pula cerita terbaru Perikatan Nasional lah, lepas ni dengan siapa lagi ?
“Saya sudah nyatakan cukup jelas, kita kerjasama dengan rakyat yang ada di Sabah ni,” katanya lagi.Shafie berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Kampung Imam Laggu, Jalan Kunak-Semporna pada Jumaat.
Deasoka