LAHAD DATU : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menasihati semua pihak khususnya parti politik di Sabah agar tidak memainkan sentimen “parti Malaya” kerana kerajaan perpaduan Madani ketika ini sedang dan telah melaksanakan pelbagai janji kepada rakyat negeri itu.
Menurut beliau, pendekatan memainkan sentimen sedemikian bukan sahaja berbahaya tetapi boleh menjejaskan usaha kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab terhadap rakyat Sabah.
“Sebagaimana daripada peringkat awal, semasa Dhani datang, insentimen ini tak pernah lekang daripada dimainkan. Jadi, pada saya, rayuan utama meminta agar diadili dengan fakta. Fakta berdirinya keadilan Sabah, pimpinan Sabah. Fakta pemberiannya menghormati bukan sahaja semangat tak kesejarah MA63. Ini tak pernah dilakukan setahap ini,” katanya.
Nurul Izzah menegaskan bahawa kepimpinan kerajaan hari ini berusaha sedaya upaya mengangkat maruah rakyat Sabah dan melunaskan janji pembangunan di bawah semangat Malaysia Madani.
“Saya pohonlah janganlah kita termakan atau dibuai dengan sentimen api yang sangat berbahaya. Tetapi kembali kepada penerusan untuk pelunasan janji… kita mahu mendengar daripada rakyat Sabah, bukan daripada unsur yang mahu menghancurkan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas program Jelajah Harapan Urang Sabah di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu pada petang Sabtu.
Turut hadir ialah Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud dan Ketua Cabang Keadilan Lahad Datu, Romansa Lamin.
