
KOTA KINABALU: Bagi meringankan beban musibah yang menimpa, Persatuan Jaringan Media Sabah (NUANSA) menyampaikan sumbangan kepada wartawan Sabah Media Erdie Abdul Wahid yang rumah ibu bapanya di Kampung Kota Klias Beaufort musnah dalam kebakaran pada Isnin lepas.
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden NUANSA Zakaria Damit kepada Erdie.
Sumbangan kewangan itu bagi meringankan beban selepas rumah yang didiami ibu bapa Erdie itu musnah terbakar menyebabkan mereka tinggal sehelai sepinggang.
Kebakaran itu turut memusnahkan dua lagi rumah bersebelahan.
NUANSA ditubuhkan pada Jun lepas selepas mendapat kelulusan pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Sabah.
Penubuhan persatuan ini bagi mengeratkan jaringan antara persatuan media di Sabah, Semenanjung dan Nusantara