KOTA KINABALU. Kerajaan Sabah terus mengiktiraf peranan penjawat awam sebagai tunjang perkhidmatan negeri apabila mengumumkan bantuan khas kewangan bersamaan sebulan gaji atau minimum RM2,000 yang akan dinikmati 18,853 kakitangan negeri.
Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2026 berkata bayaran itu turut melibatkan kakitangan kontrak, Vot Terbuka dan Pekerja Sambilan Harian dengan implikasi kewangan keseluruhan dianggarkan RM52.6 juta.
Beliau memaklumkan pembayaran akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada Februari 2026 sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri dan fasa kedua sebelum Pesta Kaamatan.
Dalam ucapannya, Masidi turut mengumumkan bantuan khas RM1,000 bagi semua pesara kerajaan negeri yang akan dibayar pada tahun hadapan.
Selain insentif kewangan, kerajaan negeri turut memperkukuh aspek pembangunan modal insan dengan memperuntukkan RM7.6 juta bagi program pembelajaran berterusan untuk melahirkan pegawai yang berpengetahuan serta berkemahiran tinggi. Sebanyak RM16.85 juta lagi diagihkan kepada agensi kerajaan untuk program latihan kemahiran dan peningkatan profesional.
pertama memetik Masidi yang menegaskan bahawa perkhidmatan awam ialah nadi kerajaan dan perlu berfungsi dengan cekap demi memastikan penyampaian terbaik kepada rakyat. Insert kedua pula merakamkan pengumuman rasmi beliau mengenai bonus sebulan gaji serta manfaat tambahan kepada pesara.
Kerajaan negeri menegaskan bahawa semua langkah ini adalah penghargaan terhadap sumbangan penjawat awam yang menjadi tulang belakang kepada keberkesanan pentadbiran Sabah.
