PUTATAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya (SAY) terus komited dalam meningkatkan iltizam selepas bergelar wakil rakyat bagi menyampaikan khidmat, bakti serta aspirasinya kepada rakyat di DUN berkenaan.
Beliau berkata, kini waktu untuk berkerja dan menyampaikan khidmat selaku yang mendapat rakyat di Tanjung Keramat.
Jelasnya, aspirasi memangkinkan kualiti hidup masyarakat, pembangunan sumber manusia berasaskan ilmu dan pergiatkan aktiviti ekonomi belia serta masyarakat akan menjadi tunjang utama kepada pelaksanaan pentadbiran untuk direalisasikan.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT saya diberikan kesempatan untuk menempuh fasa baharu selaku wakil rakyat DUN Tg Keramat.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih terutamanya para pengundi DUN Tg Keramat kerana menunaikan kewajiban, para jentera, penyokong dan semua pihak..tanpa anda, saya tidak akan berada di sini.
“Insyallah, ini adalah waktu untuk kita berkerja, berkhidmat kepada masyarakat dan rakyat di Tg Keramat, “katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis mengangkat sumpah sebagai ADUN Tg Keramat secara rasmi di DUN Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.
Upacara berkenaan berlangsung di hadapan Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.
Untuk rekod, SAY yang mewakili GRS memenangi DUN Tanjung Keramat pada PRU DU Sabah 29 November lalu dengan majoriti 1,153 undi dalam pertandingan 11 penjuru.
