
KUNAK: Pembukaan Loji Pengekstrakan Phytonutrien Kunak Lipids Sdn Bhd di siniakan meletakkan Sabah secara strategik untuk memenuhi keperluan pasaran oleokimiaantarabangsa, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.
Yang sama penting, katanya, loji ini juga akan mewujudkan peluang pekerjaan danmerangsang pembangunan ekonomi tempatan, khususnya di daerah ini dan kawasansekitarnya.
“Loji ini adalah bukti komitmen Kumpulan Sawit Kinabalu untuk mengembangkan danmempelbagaikan operasi mereka melebihi pengeluaran komoditi mentah.
“Langkah ini selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk memperkukuhkan rantaiannilai industri kelapa sawit serta memastikan Sabah terus menjadi peneraju dalam sektorhiliran bernilai tinggi,” katanya pada majlis perasmian loji berkenaan di sini, hari ini.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja RayaDatuk Shahelmey Yahya.
Hajiji, yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, berkata beliau berbangga denganinisiatif Kumpulan menghasilkan tokoferol tempatan di bawah jenama Sawit KinabaluTocotrienols (SKT3), yang akan dipasarkan tidak lama lagi.
“Ini membuktikan bahawa Sabah sedang berinovasi dalam memanfaatkan kekayaankelapa sawit ke arah produk berteknologi tinggi,” katanya.
Beliau menambah bahawa Malaysia telah lama mengimport berjuta-juta kilogramVitamin E setiap tahun.
“Dengan tocotrienol kini dihasilkan secara tempatan, kita bukan sahaja mengurangkankebergantungan import tetapi juga membuka peluang baharu dalam pasarannutraseutikal di samping meningkatkan kesihatan rakyat Malaysia,” katanya.
Menurut beliau lagi, perkara ini sudah tentu akan mewujudkan peluang ekonomi yangsignifikan untuk negara pengeluar kelapa sawit meningkatkan pengeluaran danpembangunan produk bernilai tambah.
“Ia juga menekankan keperluan pengurusan dan penanaman secara lestari dalamindustri kelapa sawit bagi memastikan bekalan berterusan untuk memenuhi permintaanglobal yang semakin meningkat.”
Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan terus menyokong pelaburan yangmembangunkan industri hiliran kelapa sawit secara lestari dan inovatif.
“Saya percaya loji ini akan menjadi pemangkin utama kepada hasil negeri, menyediakanpeluang pekerjaan berkemahiran kepada rakyat, serta mengukuhkan kedudukan Sabahsebagai hab hiliran kelapa sawit di rantau ini,” katanya.