LAHAD DATU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sini mengeluarkan amaran tegas kepada semua pihak agar tidak berkempen di masjid atau surau.
Pegawai Tadbir Agama Daerah Lahad Datu, Mardi Arifin berkata ia perlu dipatuhi oleh semua muslimin dan muslimat agar dapat menjaga keharmonian sesama jemaah masjid.
“Untuk menjaga perpaduan kita elakkan bercakap politik apalagi berkempen di rumah Allah SWT, hormati sesama sendiri agar lebih selesa beribadah tanpa menyentuh sensitiviti atau fahaman politik antara satu sama lain” katanya.
Mardi juga berkata, semua pihak diseru berpolitik tanpa perlu libatkan agama agar tidak ada ucapan yang boleh menyakiti penganut agama lain.
“Semua pihak diharap menerima nasihat dari pihak kami ini demi kerukunan bersama,” katanya.
