
KOTA KINABALU: UMNO menyasarkan sekurang-kurangnya seorang calon kerusi DUN di setiap 25 Parlimen Sabah pada pilihan raya negeri akan datang.
Timbalan Presiden, Datuk Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat berkata, perkara itu bermakna sekurang-kurangnya satu calon dun per parlimen perlu diwakili UMNO atau parti komponen Barisan Nasional, dan boleh dianggap sebagai “non-negotiable”.
“Kalau setiap satu Parlimen itu kita bertanding mestilah 25 dan kita ada 25 bahagian.
“Itu secara automatiknya, secara logiknya kalau satu parlimen satu mesti sekurang-kurangnya satu, so dah ada 25.
“Bayangan saja atau can we confirm that UMNO…Itu yang sedang kita rundingkan, Asas perundingan kita itu…Ya, dengan PH.
“Okay, itu yang kita rundingkan. Asasnya saya bagi mandat kepada jawatankuasa perunding, setiap satu parlimen mesti ada satu wakil barisan, okay. Itu non-negotiable, “katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Putatan, di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau itu pada masa sama menyatakan, perundingan masih berjalan antara pihak UMNO dan Pakatan Harapan (PH) mengenai pembahagian kerusi.
Jelasnya, UMNO telah memberi mandat kepada jawatankuasa perunding untuk memastikan sekurang-kurangnya 25 kerusi dun dipertandingi oleh parti itu di Sabah.