
KOTA KINABALU: Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Karunanithy Subbiah yang akan menamatkan perkhidmatannya di negeri ini membuat kunjungan perpisahan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu hari ini.
Karunanithy, yang telah berkhidmat di Sabah sejak Mac 2019, akan mengetuai SPRM Pulau Pinang mulai minggu ini.
Beliau akan digantikan oleh Datuk Mohd Fuad Bee Basrah.
Ketua Menteri merakamkan ucapan terima kasih kepada Karunanithy atas khidmat bakti beliau di negeri ini dan mendoakan kejayaan beliau di tempat baharu.
Deasoka