
KOTA KINABALU: Setiausaha Persekutuan Sabah yang baru, Datuk Mohd Razali Wahab mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu, di sini hari ini.
Razali, yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan dan Persediaan (Dasar) di Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), menggantikan Dato Seri Haji Rosli Isa yang bersara pada 26 Ogos.
Lantikan Razali berkuatkuasa 2 September 2025.