
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi yangmembenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Sabah Law Society (SLS) berhubung hakSabah terhadap geran khas 40 peratus daripada Kerajaan Persekutuan.
“Kami lega dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Kerajaan Persekutuan untukmenjalankan semakan semula terhadap geran bagi tahun-tahun yang hilang dalam tempoh 90 hari. Keputusan ini mengesahkan hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, khususnya di bawah Perkara 112C dan 112D,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji HajijiHaji Noor.
Beliau berkata kemenangan itu juga mengiktiraf peranan penting Kerajaan Negeri Sabah yangterus mempertahankan dan menegaskan hak perlembagaan negeri.
Beliau menambah bahawa usaha Kerajaan Negeri dalam memperjelas rekod sejarah, termasuk“Share of Growth of Federal Revenue Derived from Sabah” dari tahun 1964 hingga 1968, telah memainkan peranan penting dalam menegaskan bahawa niat dan kesan Perkara 112C dan 112Dkekal tidak berubah.
“Penerimaan bayaran interim adalah tanpa menjejaskan hak perlembagaan negeri,” katanya.
Sejak awal lagi, Hajiji berkata dalam setiap mesyuarat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yangdipengerusikan oleh Perdana Menteri, Kerajaan Negeri Sabah sentiasa konsisten dan tegas dalammengemukakan tuntutan negeri.
“Kami telah memperjuangkan isu ini tanpa henti melalui setiap saluran rasmi, setiap mesyuaratMA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, dan melalui banyak surat rasmi yang dihantarke Putrajaya. Tidak sekali pun kami membiarkan perkara ini terhenti.
“Dengan keputusan ini, kami berharap Kerajaan Persekutuan akan menunaikan tanggungjawabnyaseperti yang telah dipersetujui semasa pembentukan Malaysia,” katanya.
Ketua Menteri berkata Kerajaan Negeri akan berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagimelaksanakan perintah Mahkamah dalam semangat kerjasama dan saling menghormati, sertamemastikan hak perlembagaan Sabah direalisasikan sepenuhnya.
Hajiji turut memuji tindakan SLS membawa isu ini ke mahkamah sebagai satu perkaraberkepentingan awam.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Celestina Stuel Galid dalam keputusannya hari ini turutmengarahkan supaya kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Negeri mencapai persetujuanbersama dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah itu, seperti yang dikehendaki di bawah Perkara112D Perlembagaan Persekutuan.