
KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN) mempersoalkan kredibiliti kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah yang sering mengkritik pentabdiran GRS dalam terma politik namun tidak berani pula dengan PH Sabah.
Presidennya, Datuk Najib Tay Abdullah berkata, pemimpin seperti Datuk Seri Bung Moktar Radin dan konco-konconya dilihat sering meratib nama GRS sebagai pengkhianat rakyat sedangkan pada yang sama mereka tidak pula menyentuh keberadaan PH di kerajaan yang sama.
“Sejak akhir-akhir ini, kegelojohan mereka mengkritik GRS semakin menjadi-jadi terutamanya kepada Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor dan membuat pelbagai tohmahan dari A hinggalah ke Z.
“Akan tetapi, pernahkah mereka terfikir kenapa mereka tidak pernah menyerang PH Sabah yang tidak bersama mereka ketika mereka melaksanakan Langkah Kinabalu?
“Tidakkah mereka berasa tersinggung apabila mendakwa mereka (BN dan PH) merupakan gabungan utama di peringkat pusat akan tetapi di peringkat negeri Sabah, PH tidak pula mahu bergabung dengan mereka.
“Dengan kata mudah, kenapa perlu GRS sahaja dihentam sedangkan PH itu bersama GRS, kalau berani hentam lah sekali…kenapa takut dengan PMX kah?
“Jadi dari sudut ini, rakyat perlu menilai siapa sebenarnya Bung Moktar disebalik kelantangannya bersuara, asyik-asyik hentam GRS tetapi tidak malu PH tidak mahu berkerjasama dengan beliau, “katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Mengulas lanjut, dengan perkembangan terbaharu mengenai gabungan tiga parti itu seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kunjungannya ke Sabah tempoh hari telah menjelaskan bahawa pucuk pimpinan PH telah meminta supaya tiada pertembungan berlaku.
Sebaliknya, UMNO Sabah melalui kenyataan media Bung Moktar telah memaklumkan kesediaan untuk bergerak solo sekiranya gabungan PH dan GRS dilaksanakan pada pilihan raya negeri nanti.
“Ini secara jelas memperlihatkan keangkuhan Bung Moktar yang semakin lama semakin mengarut apabila bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri.
“Ia juga secara jelas memperlihatkan beliau merupakan pemimpin yang tidak malu berbuat salah dan hanya tahu membalas dendam sahaja.
“Kalau beliau betul dapat sokongan, saya rasa PH Sabah akan bersama BN akan tetapi PH Sabah lebih selesa dengan GRS yang mana Bung Moktar dan konco-konconya sering sahaja terlupa, mereka tiada sokongan, “katanya lagi.
Deasoka