PUTATAN: Penyediaan kemudahan yang kondusif di sekolah mampu meningkatkan tahap motivasi di kalangan tenaga pengajar dan melahirkan generasi bijak pandai serta berdaya saing di Putatan.
Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, menerusi kelengkapan-kelengkapan prasarana melibatkan aspek fizikal, sumber pembelajaran mencukupi itu akan menyumbang kepada persekitaran positif di peringkat persekolahan.
“Sejajar dengan hasrat kita yang mahu memastikan tahap pendidikan di Putatan ini terus berkembang positif, penyediaan kemudahan secara kondusif, selesa amat memain peranan penting.
“Bagi kita di peringkat Parlimen Putatan, kita sentiasa komited membantu mana-mana sekolah yang memerlukan penyediaan atau menaiktaraf infrastruktur di sekitar parlimen ini dengan inklusif, “katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan rapat dataran serbaguna dan majlis ringkas simbolik penyerahan padang di SK Petagas, di sini, pada Khamis.
Hadir sama adalah Guru Besar SK Petagas, Ismail Ag Damit, Yang di-Pertua PIBG SK Petagas, Zunainah Ahmad, Pegawai Kanan Parlimen P.173 Putatan, Mohd Sufian Matin dan Naib Pengerusi Ahli Majlis Daerah Putatan, Ir Ummar Ariff Abu Bakar.
Mengulas mengenai program itu, Shahelmey pada masa sama berharap pihak SK Petagas dapat memaksimakan penggunaan kemudahan tersebut demi memotivasikan serta pengaruh persekitaran selesa di kalangan murid dan guru-guru.
“Kami berharap, dengan adanya kemudahan dataran serbaguna dan padang sekolah buat SK Petagas ini dapatlah semua warga sekolah baik guru dan murid, meningkatkan prestasi dan mutu pendidikan, korikulum mereka di masa hadapan, “katanya.
Tamat.
