PUTATAN: Calon GRS bagi DUN N.24 Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya konsisten dalam kempen menyantuni masyarakat setempat melalui pelbagai pendekatan holistik bagi mengembangkan promosi aspirasi yang ditawarkan pihaknya.
Menurut beliau, program seperti ziarah komuniti dan walkabout di kawasan sasaran merupakan elemen penting bagi usaha berterusan pihaknya mengenali lebih dekat pengundi berpotensi.
“Sebagai salah seorang calon muda yang ditampilkan oleh GRS, kita secara konsisten membawa pendekatan kolektif pucuk pimpinan untuk disampaikan ke peringkat akar umbi.
“Ia juga merupakan salah satu pendekatan yang termaktub dalam aspirasi yang saya bawa pada kempen ini kerana di Tanjung Keramat ini mempunyai kira-kira 60 peratus pengundi belia.
“Jadi sudah tentu, dengan pendekatan ziarah komuniti dan program aktiviti walkabout seperti ini amat bersesuaian pembawaan kempen kita, ” katanya.
Beliau berkata demikian selepas program walkabout di sekitar Pekan Putatan dan Dataran Pomoi, Putatan, pada Selasa.
Hadir sama adalah Ketua Bahagian PGRS Tanjung Keramat, Ir Ummar Ariff Abu Bakar dan rombongan jentera GRS Tanjung Keramat.
Sementara itu, mengulas program tersebut, Shah Alfie berkata, pihaknya menerima maklum balas positif termasuk di kalangan peniaga dan penjaja.
“Program ini merupakan insiatif sihat yang mana menjadi pendekatan pihak kami mendekati para pengundi di sekitar kawasan walkbout ini.
“Alhamdulillah feedback positif, dan kami dapat bersuai kenal dengan lebih dekat.
“Antara yang mereka utarakan antaranya adalah berkenaan isu-isu ekonomi dan ia juga menjadi salah satu elemen aspirasi saya yakni
meningkatkan aktiviti ekonomi belia dan masyarakat di DUN Tg Keramat, “katanya.
