
KOTA KINABALU: Peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail menasihatkan orang ramai yang mengikuti perkembangan kes itu supaya lebih cakna terhadap kerahsiaan prosiding melibatkan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.
Ini supaya tidak ada yang terkeliru dengan fakta dan mengelak daripada spekulasi melampau terutamanya membabitkan khabar-khabar angin kononnya perihal mahkamah sengaja disembunyikan.
Jelas Hamid, mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 itu, semua maklumat yang berkenaan tidak boleh didedahkan termasuklah tempoh perbicaraan dan siasatan.
“Secara ringkas, identiti kanak-kanak adalah dirahsiakan, tidak boleh, sama ada dalam tempoh perbicaraan atau siasatan, bukannya sebab dia VVIP, bukan sebab disuruh siapa-siapa, itu undang-undang Malaysia.
“jadi salah sangka ini adalah satu permainan orang atas,tidak… ini adalah undang-undang kit, Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.
Tambah beliau, mengikut Seksyen itu juga, terdapat perkara yang menghalang daripada publisiti seperti tempat tinggal, nama dan ibu bapa mereka.