
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara hari ini mengesahkan penerimaan laporan penuh siasatan awal daripada pihak polis berhubung kes kematian Zara Qairana Mahathir.
Menurut kenyataan media hari ini, laporan tersebut diterima masing-masing pada 3 Ogos (Ahad) lalu di Cawangan Sabah dan Ibu Pejabat Putrajaya, hari ini.
Jelas kenyataan tersebut, penelitian mendalam sedang dilaksanakan.
“Proses penelitian ini merangkumi semua aspek undang-undang dan fakta yang dikemukakan bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah berlandaskan undang-undang memenuhi prinsip keadilan.
“Sebarang keputusan berkaitan kes ini akan dimaklumkan setelah proses penelitian laporan penuh siasatan awal tersebut dilaksanakan, “kata kenyataan itu.
Menurut Jabatan Peguam Negara lagi, kerjasama semua pihak amat digalakkan dan menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat sebarang penyataan bersifat spekulatif yang boleh menjejaskan proses siasatan dan keadilan.
Deasoka