TAWAU: Seramai 100 ahli melibatkan tiga cawangan di WARISAN Tawau yang diketuai oleh mantan Bendaharinya, Ade Amin Abdul Sabal bertindak keluar parti itu dan menyatakan sokongan kepada GRS.
Perkara ini diumumkan oleh Ketua Penerangan PGRS, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan di program ceramah perdana di Tawau, semalam.
Dalam acara tersebut, turut menyaksikan upacara penyerahan bendera dan borang kemasukan kepada ahli-ahli WARISAN yang hadir pada malam berkenaan.
“Malam ini kita mengalu-alukan penyertaan saudara-saudara kita yang ingin berjuang dalam lambang GRS.
“Hari ini, seramai 100 orang daripada parti WARISAN menyertai GRS, yang diketuai oleh Ade Amin Abdul Sabal, “katanya ketika berucap pada program tersebut.
Pada program sama, Nizam yang juga calon GRS bagi PRU DU Apas turut mengumumkan kemasukan bekas Ketua Armada Tawau yang turut mengumumkan menyokong GRS.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan momentum GRS di Tawau dan Pantai Timur kini semakin memuncak dengan banyak penerimaan parti lain dan jelajah kempen yang sihat serta mendepani kemahuan rakyat.
Tambahnya, manifesto dan trek rekod sedia GRS menjadi ramuan istimewa rakyat di Pantai Timur menzahirkan sokongan berbanding parti-parti lain yang dilihat lebih bersifat retorik.
