
Lahad Datu : Sambutan Jubli Perak semperna 25 tahun penubuhan Lembaga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) diraikan meriah melalui HariTerbuka MPOB Stesen Penyelidikan Lahad Datu yang berpangsung hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Penyelidikan Biologi & Kelestarian MPOB,Dr. Meilina Ong Abdullah, yang turut melahirkan rasa syukur dan teruja dengan kehadiran masyarakat setempat yang memenuhi tapak program.
Menurut Dr. Meilina, MPOB yang ditubuhkan pada tahun 2000 kini menjadi agensi utama memacu kemajuan industri sawit negara, daripada penyelidikan dan pembangunan teknologi baharu hinggalah bimbingan kepada pekebun kecil di seluruh Malaysia.
“Tema Hari Terbuka MPOB ‘Sawit Untuk Semua’ membuktikan komitmen MPOB untuk memastikan industri sawit terus inklusif, mampan dan kekal sebagai penyumbang penting kepada ekonomi negara,”
“Selain itu, pelbagai aktiviti seperti Sawit Run, pameran, program interaktif dan pelancaran buku resipi Sawit Dalam Sajian,Legasi Rasa Malaysia memberi peluang kepada orang ramai mendekati industri sawit dengan lebih dekat,” katanya ketika berucap merasmikan program tersebut.
Beliau turut menegaskan cabaran masa depan industri sawit seperti perubahan iklim dan keperluan amalan lestari menuntut semua pihak berfikir ke hadapan serta berinovasi. MPOB, katanya, akan terus memimpin usaha memastikan industri sawit negara kekal produktif, bertanggungjawab dan memberi manfaat kepada rakyat.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh komuniti Lahad Datu atas sokongan berterusan terhadap MPOB dan industri sawit negara.