
PUTRAJAYA: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan BruneiDarussalam sempena Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei (ALC) Ke-26, yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, pada Rabu.
Majlis itu disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim.
Pertukaran MoU itu membabitkan bidang kesihatan antara kedua-dua negara.
Hajiji yang diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong turut menghadiri Majlis Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Anwar.
ALC merupakan platform rundingan dua hala tertinggi antara Malaysia dan Bruneiyang berperanan menilai kemajuan kerjasama sedia ada, menyelesaikan isuberbangkit, selain membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersamatermasuk perkembangan serantau dan antarabangsa.
Deasoka