SANDAKAN : Selepas tujuh tahun menyepi Parti Gerakan Rakyat Malaysia kembali ke gelanggang politik Sabah dengan keyakinan baharu menjelang Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah yang akan datang.
Presiden Gerakan Datuk Dominic Lau Hoe Chai mengumumkan parti itu akan bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional di tiga kerusi iaitu Elopura Tanjung Papat dan Luyang.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Sandakan pagi tadi menjelang pengumuman rasmi senarai calon Perikatan Nasional oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu pada sebelas November ini.
Menurut Dominic Sandakan dipilih kerana sejarah panjang parti itu di kawasan berkenaan termasuk kejayaan meraih dua kerusi menerusi bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan serta bekas Adun Elopura Datuk Au Kam Wah.
“Of course to be frank the strength is not as strong as before that one we have to admit because we are not the government. Pada masa itu ialah pemerintah. Sekarang kita pembangkang. Jadi memang ahli ahli kita kurang jika berbanding pada masa kita menjadi kerajaan. Tetapi kita nampak kita kata bersyukur kerana nampak ada ahli ahli veteran juga keluar membantu kita,” katanya.
