
LAHAD DATU: Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semakin terasa. Pelbagai desas-desus, teori dan ramalan mula diperkatakan orang ramai, sama ada berkaitan gabungan parti mahupun calon yang bakal diketengahkan.
Tinjauan kali ini memfokuskan kepada calon yang dilihat layak diangkat sebagai wakil rakyat bukan sekadar wakil kepada diri sendiri.
Di Lahad Datu misalnya, PRN akan menyaksikan pertembungan sengit antara beberapa parti.
Namun, nama yang mula meniti dibibir dan disebut-sebut di peringkat akar umbi ialah Dr Haji Mohammad Ayub Yaacob, atau lebih dikenali sebagai Pak Ayub, mantan Pegawai Daerah dan Pengerusi Badan Dakwah Lahad Datu.
Bagi Mahrin Sabara, 60, beliau menyokong penuh sekiranya Dr Ayub diberi peluang memimpin daerah ini sebagai wakil rakyat, berdasarkan jasa besar beliau sewaktu pandemik Covid-19.
“Beliau sangat sesuai diketengahkan oleh mana-mana parti. Selain banyak membantu masyarakat, beliau juga amat prihatin dengan nasib penduduk Lahad Datu,saya sendiri berhutang budi ketika berdepan masalah lesen kedai makan yang cuba dieksploitasi pihak tertentu. Dr Ayub bantu tanpa meminta balasan,” katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz Abdul Samit, 55, menyifatkan Dr Ayub sebagai sosok berkarisma dan berwibawa.
“Beliau patut dicalonkan kerana banyak rancangan dan blueprint beliau untuk daerah ini masih belum terlaksana. Sewaktu menjadi pegawai daerah dahulu, banyak juga perkara telah beliau usahakan,” ujarnya.
Ustaz Haji Mohd Yunus Haji Abu pula berpendapat, faktor paling penting untuk seseorang calon ialah akhlak, keperibadian, serta kemampuan menjadi tokoh yang dekat dengan rakyat.
Menurutnya, Dr Ayub sarat dengan pengalaman, berpandangan jauh, berupaya memikir, merancang dan melaksana termasuk pernah berkhidmat dengan Presiden UMNO Malaysia sebagai penceramah KERIS.
“Saya lihat ciri-ciri itu ada pada beliau, tiada salahnya jika diberi peluang,” menjadi wakil rakyat. katanya.
Pandangan serupa turut dikongsi penjawat awam, Rahim Damit, yang menegaskan calon perlu mempunyai latar pendidikan baik serta pengalaman luas dalam pentadbiran.
“Dr Haji Ayub bukan sahaja berpendidikan, malah berpengalaman luas di pelbagai jabatan negeri dan persekutuan, beliau mampu merancang sesuatu keperluan dengan lebih baik dan berkesan, seorang yang berpengalaman dalam tadbir urus, ketiga sebagai orang asal Lahad Datu dan keempat mempunyai keperibadian yang sesuai sebagai pemimpin, selayaknya beliau ini dijadikan calon yang berpotensi besar meraih kemenangan sesuai dengan keperluan masa kini,” jelasnya.
Bagi Abdul Muhmin Alipuddin , yang merupakan Ketua Kampung Taruakan di Pulau Sakar Lahad Datu, berpandangan Dr Ayub perlu diberi peluang dan secara peribadi keyakinan itu wujud kerana penduduk Pulau Sakar dapat merasai khidmat beliau ketika bertugas di pejabat daerah sebagai Pegawai Daerah Lahad Datu sebanyak dua kali sebelum bersara pada tahun 2022.
P/S: Walau siapapun calon yang diketengahkan kelak, tanggungjawab kita sebagai rakyat adalah turun mengundi demi masa depan negeri dan negara.
TINJAUAN PRN-17 #deasokamemiliih2025