
KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Kadzim M Yahya telah dilantik semula sebagai
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Kadzim menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman
di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.
Selepas mengangkat sumpah di hadapan Tun Musa, Kadzim menandatangani
dokumen tersebut yang disaksikan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk
Azizah Nawawi.
Istiadat itu turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor,
menteri-menteri kabinet dan pembantu menteri