
LAHAD DATU: Angkara gagal mengawal nafsu, seorang lelaki terpaksa menerima hukuman hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Lahad Datu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cabul terhadap anak saudaranya sejak mangsa berusia 10 tahun.
Hakim Suhailla Selag, ketika menjatuhkan hukuman turut memerintahkan tertuduh,menjalani kaunseling selama dua tahun.
Hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 18 Ogos lalu.
Sebelum menjatuhkan hukuman, hakim berterima kasih kepada pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sharil Haja Mohaideen kerana berjaya membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh.
Pada 18 Ogos lalu, polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Lahad Datu menahan tertuduh selepas menerima laporan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang mendakwa menjadi mangsa cabul oleh pakciknya sejak berusia 10 tahun.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Deasoka