KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia awal pagi Khamis selepas mengalami komplikasi kesihatan serius.
Berita pemergian beliau dimaklumkan oleh anaknya, Naim Kurniawan Moktar menerusi satu hantaran di Facebook, memaklumkan bahawa ayahandanya, Moktar Radin, menghembuskan nafas terakhir pada 5 Disember 2026, jam 1.46 pagi bersamaan 14 Jamadilakhir 1447H.
Menurut sumber terdekat keluarga, keadaan Allahyarham dikatakan kritikal sejak beberapa hari lalu selepas mengalami kegagalan fungsi buah pinggang serta jangkitan teruk pada paru-paru, sebelum dirawat rapi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
Dalam hantaran tersebut, Naim turut memohon orang ramai mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat.
“Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” tulisnya.
Maklumat mengenai lokasi pengebumian dan urusan jenazah dijangka dimaklumkan pihak keluarga dalam masa terdekat.
