
LAHAD DATU: Sebutir bom lama jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb berjaya dimusnahkan selepas ditemui di tebing Sungai Segama, Kampung Batu 8, pada 24 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Haji Dzulbaharin Haji Ismail berkata, bom yang dipercayai tinggalan era Perang Dunia Kedua itu pada awalnya dikesan hasil makluman orang awam sebelum disahkan masih aktif.
Beliau berkata, Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah dengan bantuan UPB IPD Lahad Datu dan beberapa pasukan lain melaksanakan operasi pemusnahan kira-kira jam 11.33 pagi tadi.
“Bom tersebut dimusnahkan menggunakan kaedah Low Order dengan sistem elektrik dan bahan letupan khas. Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, seramai empat pegawai dan 17 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam operasi berkenaan.
Deasoka