Ketika bayang-bayang Pilihan Raya Umum Negeri Sabah kian mendekat, setiap parti utama seperti GRS, Warisan, Barisan Nasional, dan rakan-rakan sekutu mereka kini sibuk meneliti senarai calon.
Bukan lagi rahsia bahawa pertarungan kali ini bukan hanya soal parti mana yang dominan, tetapi siapa calon yang benar-benar mampu menawan hati rakyat.Di sini ,saya ingin berpesan kepada para presiden parti, pilihlah calon dengan cermat.
Kriteria utama bukan sekadar populariti tetapi juga integriti. Pastikan calon-calon yang dipilih bersih daripada rekod jenayah, mempunyai rekod khidmat masyarakat yang kukuh, dan paling penting, adalah calon yang boleh menang.
Kita tahu pengundi Sabah kini lebih matang, mereka mahu wakil yang bukan sahaja pandai berjanji, tapi juga punya rekod membela rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Ini masa untuk tunjukkan bahawa setiap parti serius dalam meletakkan calon yang benar-benar layak.Suasana politik Sabah yang sering berubah, keupayaan calon untuk memahami isu-isu tempatan dan dekat dengan komuniti itu sangat penting.
Jadi bukan sekadar soal parti besar mana yang mereka wakili, tapi sejauh mana calon itu boleh jadi suara rakyat setempat.
Harapan kami sebagai rakyat Sabah, parti-parti akan lebih teliti dan berhati-hati memilih, supaya calon yang ditampilkan betul-betul mencerminkan aspirasi rakyat Sabah.
Akhir kata, jangan salah pilih calon. PRN kali ini bukan sekadar medan politik, tapi medan untuk memenangi kepercayaan rakyat Sabah yang sudah letih dengan wayang lama.
Semoga setiap presiden parti mengambil nasihat ini dengan hati terbuka demi kebaikan bersama.
PENAFIAN:Artikel ini ditulis berdasarkan analisis bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. Ia sekadar pandangan dan ramalan daripada pemerhati politik tempatan berdasarkan situasi semasa.Penulis mempunyai pengalaman berkhidmat dengan ahli politik di Sabah dan telah bertugas sebagai wartawan sejak tahun 2010 hingga kini.
TINJAUAN POLITIK #DeasokaMemilihSabah2025
