KOTA KINABALU – AJ Productions Sdn Bhd hari ini mencatat sejarah apabila menjadi syarikat produksi pertama di Sabah yang berjaya memohon dan memperoleh Lesen Hiburan Awam Kanak kanak dan Orang Muda yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sabah.
Langkah ini menunjukkan komitmen syarikat untuk memartabatkan hak serta kebajikan bakat muda yang terlibat dalam industri kreatif negeri.
Lesen berkenaan merupakan keperluan mandatori di bawah subseksyen 73D(1) Ordinan Buruh Sabah Sabah Bab 67 yang mewajibkan mana mana majikan mendapatkan kebenaran JTK Sabah sebelum mengambil kanak kanak atau orang muda bekerja dalam sektor hiburan awam. Melalui lesen ini JTK Sabah dapat memantau syarat penggajian termasuk masa bekerja rehat kehadiran penjaga dan memastikan persekolahan tidak terjejas.
Ketua Pegawai Operasi AJ Productions Jasnie Mohd Yaakub berkata inisiatif itu selaras dengan prinsip syarikat yang mahu menyediakan persekitaran kerja selamat beretika dan menyokong khususnya apabila melibatkan bakat muda. Katanya usaha memohon lesen bukan sekadar untuk mematuhi undang undang tetapi sebagai penegasan bahawa hak kanak kanak yang terlibat dalam penerbitan perlu dilindungi termasuk aspek masa belajar kesihatan dan keselamatan.
Pengiktirafan terhadap usaha proaktif berkenaan disampaikan dalam Program Jabatan Tenaga Kerja Sabah Bersama Majikan Produksi Industri Seni Sabah dengan kerjasama FINAS Malaysia yang diadakan pada 4 Oktober di The Klagan Hotel. Dalam majlis itu JTK Sabah menyerahkan sijil penghargaan kepada AJ Productions melalui Timbalan Pengarah JTK Sabah Baharuddin Mamat dan disaksikan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JTK Sabah Ibrahim Baharom.
JTK Sabah dalam program sama menggesa semua syarikat produksi penganjur acara dan majikan yang mahu mengambil pelakon atau penghibur kanak kanak serta orang muda supaya tampil memohon lesen yang sama bagi memastikan pematuhan undang undang buruh serta perlindungan kebajikan golongan bawah umur.
AJ Productions menegaskan langkah tersebut adalah sebahagian daripada visi untuk mewujudkan ekosistem industri kreatif Sabah yang profesional bertanggungjawab dan mampan. Syarikat itu berharap tindakan mereka menjadi penanda aras kepada pemain industri lain agar lebih serius terhadap aspek perlindungan pekerja bawah umur demi kemajuan industri seni Sabah secara menyeluruh.
