
KOTA KINABALU: Mahkamah Kanak-Kanak hari ini menetapkan 25 September hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes melibatkan lima pelajar perempuan berkait kes Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Hakim, Elsie Primus menetapkan tarikh berkenaan dengan kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM5,000.
Menurut bacaan tuduhan di mahkamah pagi tadi, kesemua yang dituduh diperayai melakukan kesalahan mengikut Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan dan di baca bersama Seksyen 34 Akta yang sama.
Menurut Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, yang ditemui media hari ini, tidak banyak yang boleh didedahkan namun mengesahkan pertuduhan telah dibaca di depan hakim dengan kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah.
“25 September (sebutan semula) dengan jaminan RM5,000, dimana RM1,000 wang deposit dengan seorang penjamin.
“Pertuduhan telah dibacakan, tidak mengaku salah,” katanya.
Terdahulu, mengikut pertuduhan di Mahkamah Kanak-Kanak hari ini, kelima-lima pelajar tersebut dituduh menggunakan perkataan mencela terhadap Allahyarhamah Zara.
Yang mana perkataan tersbeut didengari oleh mangsa yang mungkin menyebabkan berasa terganggu dengan perkataan terbabit.
Mengikut pertuduhan itu juga, kejadian tersebut berlaku pada 15 Julai lalu kira-kira jam 10 hingga 11 malam bertempat di Blok Asrama Rabiatul Adawiayh Dorm A-3-6, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan W.D.T Papar.