Pesara tentera maut kemalangan

Pesara tentera maut kemalangan

PUTATAN: Seorang pesara tentera maut selepas kereta dipandunya terbabas sendiri ke bahu jalan dalam kejadian di Jalan Putatan-Kota Kinabalu, semalam.

Dalam kejadian jam 7.35 malam itu, mangsa berusia 56 tahun meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton dalam satu kenyataan medianya hari ini mengesahkan kejadian terbabit.

“Seorang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden berkenaan. “Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut, “katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|