Ketua Hakim Syarie Sabah terima watikah pelantikan

Ketua Hakim Syarie Sabah terima watikah pelantikan

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyampaikan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah kepada Yang Amat Arif, Ahadin Arinen di Istana Seri Kinabalu pada Selasa.

Turut menerima pelantikan ialah dua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah iaitu Yang Arif, Surayah Ramlee dan Yang Arif Taherah Tahir.

Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Mohd Na’im Haji Mokhtar. Pelantikan Ahadin berkuat kuasa 1 November 2023.

Manakala pelantikan Suraya berkuatkuasa 19 Jun 2023 dan Taherah pula berkuat kuasa 16 Oktober 2023.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Arifin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam, Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Malaysia, Yang Amat Arif, Datuk Amran Mat Zain dan Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Ramlan Awang Ali.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|