Hospital Beaufort kesan waris jenazah tidak dituntut

Hospital Beaufort kesan waris jenazah tidak dituntut

BEAUFORT: Hospital Beaufort memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris jenazah lelaki yang disahkan meninggal dunia pada November tahun lalu.

Menurut kenyataan media hospital berkenaan hari ini, usaha untuk mencari waris masih diteruskan namun sehingga hari ini jenazah tersebut masih belum dituntut.

Jenazah lelaki itu dikenali sebagai Samsudin Rahmat, 62, dengan alamat terakhir di Lot 4, Tingkat 2, Blok 4, Jalan Perpaduan, Kampung Air, Kota Kinabalu.

Tambahnya, individu tersebut meninggal dunia pada 15 November 2023, jam 7 petang dan sehingga kini jenazahnya masih ditempatkan di Unit Perubatan  Forensik Hospital Beaufort kerana tidak dituntut oleh ahli keluarga atau waris.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan ahli keluarga atau waris jenazah boleh menghubungi pihak Unit Forensik Hospital Beaufort di talian 087-212333 sambungan 345.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|