Air naik, empat sekeluarga terpaksa pindah

Air naik, empat sekeluarga terpaksa pindah

TAWAU: Empat sekeluarga terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian di Kampung Ranggu, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jeminshin Ujin berkata, bomba menerima panggilan pada jam 9.54 pagi berhubung insiden berkenaan.

“Terdapat sebuah rumah dihuni dua orang dewasa, dua kanak-kanak telah dinaiki air dan meminta untuk dipindahkan.

“Pasukan Bomba bertindak memindahkan 4 orang mangsa ke Lokasi yang selamat. “Operasi pemindahan ditamatkan pada jam 10:38 pagi tadi, ” katanya.

Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|