Setiausaha politik baharu angkat sumpah

Setiausaha politik baharu angkat sumpah

Kota Kinabalu: Seorang lagi Setiausaha Politik yang baharu, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini.

Majlis ringkas di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu itu, menyaksikan pelantikan seorang wakil wanita, Dayang Norhayati OKK Titing.

Dayang Norhayati mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Menteri.

Dayang Norhayati dari Kinabatangan adalah antara empat Setiausaha Politik baharu yang dilantik kerajaan negeri susulan rombakan Kabinet, baru-baru ini.

Tiga lagi sudah mengangkat sumpah jawatan masing-masing pada minggu lalu, iaitu Jonnybone J Kurum yang juga ADUN Telupid, Anuar Ghani dan Jamain Sarudin.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|