Polis Tawau tingkatkan aktiviti cegah jenayah

Polis Tawau tingkatkan aktiviti cegah jenayah

Tawau: Bagi memastikan komuniti selamat dan mengekang cubaan jenayah, Polis Tawau meningkatkan tindakan pencegahan jenayah menerusi rondaan dan pemeriksaan di kawasan tumpuan masyarakat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya akan memastikan tugas rondaan cegah jenayah ini lebih kerap dijalankan.

Pegawai dan anggota IPD Tawau yang menjalankan rondaan dan pemeriksaan di kawasan tumpuan di daerah ini. – Foto Ihsan Polis Tawau

“Fokus utama adalah untuk memastikan masyarakat di daerah ini sentiasa berasa selamat dan turut yakin apabila berada di sini.

“Rondaan seumpama ini akan dipertingkatkan dari semasa ks semasa,” katany dalam kenyataan, hari ini.

Jasmin berkata, selain aktiviti cegah jenayah, pihaknya akan mengambil kesempatan untuk bertemu dengan masyarakat dan pemilik premis bagi memberikan nasihat keselamatan.

Anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas motosikal dalam Op Lejang di Tawau. – Foto Ihsan Polis Tawau

“Ini bertujuan untuk mencegah berlakunya sebarang kejadian tidak diingin khasnya pada cuto umum dan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi,” katanya.

Dalam pada itu, katanya Polis Tawau juga giat aktif menjalankan operasi Op Lejang yang berkonsepkan agresif policing dan tindakan proaktif.

“Semua balai polis dan unit khas dalam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau akan turut sama dalam usaha menangani kes kecurian motosikal di daerah ini,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|