MKN Sabah nafi keluar kenyataan berhubung situasi timur Sabah

MKN Sabah nafi keluar kenyataan berhubung situasi timur Sabah

Kota Kinabalu: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah menafikan mengeluarkan kenyataan yang bertajuk ‘Penutupan Sementara Sebarang Aktiviti Pelancongan di Perairan Timur Sabah’.

MKN Sabah menerusi kenyataan dalam laman Facebooknya menegaskan bahawa kenyataan berkenaan adalah dokumen palsu dan tidak benar sama sekali.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk sumber sahih berkaitan situasi keselamatan di Sabah.

“Jangan berkongsi berita palsu yang boleh menggugat keselamatan negara melalui mana-mana saluran,” tegasnya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|