Mesyuarat tertinggi selesai isu air dan jalan di Sabah pada esok – Anwar

Mesyuarat tertinggi selesai isu air dan jalan di Sabah pada esok – Anwar

Penampang: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan akan mengadakan satu mesyuarat tertinggi di antara pihak Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah bagi menyelesaikan isu air dan jalan di negeri ini.

Beliau berkata, keputusan terbabit dibuat dalam usaha pihaknya menyelesaikan isu prasarana infrastruktur secara menyeluruh dan segera.

“Esok pagi, saya akan adakan mesyuarat tertinggi peringkat Persekutuan dan negeri untuk menyelesaikan masalah air (dan jalan) bersama dengan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya
bersenpena Majlis Penutupan Pesta Kaamatan Tahun 2023 di Dewan KDCA, Penampang, hari ini.

Dalam majlis berkenaan, PM10 itu turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM1juta bagi membiayai program kebudayaan Kadazandusun Cultural Association (KDCA) pada tahun ini.

Sementara itu, Anwar dalam ucapan sama turut berkata, hampir keseluruhan permasalahan berkaitan perlaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah diselesaikan dengan baik sepanjang tempoh enam bulan ini.

Antaranya adalah isu melibatkan pendidikan, kemudahan kesihatan, dan prasarana asas.

“Alhamdulillah bersyukur kita kerana kerjasama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji, dan pasukan di negeri dan Persekutuan dan saya minta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah mempengerusikan.

“Hampir keseluruhan permasalahan itu telah selesai dengan baik. Antara isu-isu lain, yang disebut isu pembangunan, mutu pendidikan, kemudahan kesihatan, prasarana asas,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|