Fenomena air merah di perairan Tuaran, orang ramai dilarang memakan kerang-kerangan

Fenomena air merah di perairan Tuaran, orang ramai dilarang memakan kerang-kerangan

Kota Kinabalu: Jabatan Perikanan Sabah hari ini mengeluarkan notis amaran berhubung larangan memakan kerang-kerangan berikutan fenomena air merah atau Red Tide yang dikesan di perairan Tuaran.

Fenomena itu disebabkan peningkatan Alga Merah jenis Sel Pyrodinium bahamense yang agak tinggi, khususnya di perairan daerah berkenaan.

Berdasarkan notis amaran dikeluarkan Pengarah Jabatan Perikanan Sabah itu, peningkatan alga berkenaan menyebabkan kerang-kerangan menjadi beracun dan boleh memudaratkan kesihatan awam.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, adalah dinasihatkan agar orang awam tidak memakan kerang-kerangan buat sementara waktu.

“Jabatan Perikanan Sabah akan memantau dari semasa ke semasa perkembangan fenomena Alga Merah ini sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Katanya, sebarang pertanyaan berhubung fenomena itu boleh diperolehi dengan menghubungi Kompleks Perikanan Likas di talian 088-428410, 088-428415-6 dan 088-425677 atau faksimili 088-425890.

Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat melalui Penguasa Perikanan Daerah di Pejabat Perikanan Daerah Kota Kinabalu Dan Tuaran melalui telefon bimbit 019-8620401(PPDKK) atau 012-8837723 (PPDTRN).

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|