Bertempiaran lari tinggalkan minyak masak disyaki cuba diseludup

Bertempiaran lari tinggalkan minyak masak disyaki cuba diseludup

Sandakan: Aktiviti beberapa individu sedang memunggah sejumlah plastik hitam dari sebuah van ke pinggir laut di kawasan laut Pasar Umum, di sini, terbantut apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, semalam.

Dalam kejadian 6.10 petang, individu terbabit bertindak melarikan diri ke kawasan bandar dengan meninggalkan beberapa bungkusan plastik hitam yang berada di dalam sebuah van.

Hasil pemeriksaan anggota PPM Sandakan, mendapati bungkusan plastik hitam itu mengandungi paket minyak masak bersubsidi yang disyaki cuba diselewengkan ke negara jiran.

Bungkusan plastik hitam mengandungi minyak masak bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran

Rampasan membabitkan 340 paket minyak masak bersubsidi dianggarkan berjumlah RM1,200 dan jumlah keseluruhan termasuk kenderaan RM27,190.

Semua rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, rampasan akan diserakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|