Waris mangsa kemalangan diminta tampil

Waris mangsa kemalangan diminta tampil

Penampang: Waris atau ahli keluarga seorang mangsa kes kemalangan di Jalan Bundusan, berhampiran pasar raya Bataras, di sini, 1 September lalu, diminta tampil bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa seorang lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an ditemui tanpa dokumen pengenalan diri.

Kenyataan siaran media Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa maut selepas dirempuh sebuah van.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kini ditempatkan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk proses bedah siasat.

“Sehubungan itu, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai waris mangsa atau ahli keluarga supaya tampil bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Firdaus Che Mustafa di talian 013-2006086,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|