Warga emas meninggal dunia jatuh gaung ketika daki bukit

Warga emas meninggal dunia jatuh gaung ketika daki bukit

Sandakan: Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas tergelincir lalu terjatuh ke gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Taman Mawar, di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu jam 6.20 petang.

Lokasi kejadian mangsa tergelincir dan terjatuh ke gaung dari ketinggian 6.09 meter di Bukit Taman Mawar, Sandakan.

Katanya, mangsa berusia 70 tahun dilaporkan terjatuh ke gaung dari ketinggian 6.09 meter ketika melakukan aktiviti mendaki seorang diri.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bergegas ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum pasukan bomba membawa turun ke lokasi selamat dan diserahkan kepada pihak polis.

“Mangsa parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, tindakan pasukan bomba membawa mangsa turun ke lokasi selamat seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan jam 8.35 malam tadi,” katanya.

-Deasoka

 © 2021 deasoka.com | All rights reserved.

|